يوم السعيد في مرحلة الطفولة :)

🌈بسم الله الرحمن الرحيم

منذ مؤخرا، حياة مشغولة جدا لتقوية صلة الأرحام. لم يتوقع، جمع شمل هو نفسه كما كان من قبل. ليس هناك شعور أخرق. كل واحد مشغول يتحدث عن الذكريات القديمة. إذا أن أذكر، جميلة جدا الوقت لأن كبرنا معا. وعلاوة   على ذلك، الفرق في السن هو اثنين   او ثلاثة سنوات فقط

     
كما أتذكر، عندما كنت في الرابعة من العمر، نجتمع دائما معا في بيت الجدة وتقع بقريب من بيتي. ويتم تنفيذ الأنشطة المختلفة مثل تنظيف منزل جدتنا الحبيبة واحتفال عيد ميلاد ومباريات كرة القدم بعد العصر كل يوم وهلم جرا.  من الماضي إلى الحاضر، بين العديد من الأخواة والأخوات، أنا أقرب إلى ابناء عم وعمي وهم عقيلة وناجح وموئد وموئذ.  

  
          
  
على عكس الأطفال الآخر الذين يحبون للعب الدمى، انا وابناء عم يفضلون اللعب مباريات صعبة مثل كرة القدم والمغامرة الغابات والمصارعة وغير ذلك. كل يوم بعد عصر، جمعنا في فناء بيت جدة للعب كرة القدم. على الرغم لم نلعب كرة القدم جيدا، ونحن لا تزال حريصة على اللعب. كل صباح، نستيقظ من النوم مبكرا للقيام بدروريات حول القرية بالدرجات. نتنافس دائما من هو أسرع للوصول إلى الوجهة.  







                                 
   بيت جدتي في أيام صاخبة من الصباح إلى المساء. ليس هناك مجال للقيلولة بعد الظهر. من الذي ينام، سوف تفوت اللعب معا. الوقت المتوقع، الغداء معا. سيتم تناول وجبات الطعام بعد قراءة الدعاء معا. كان الطعام لذيذ وفاتح للشهية لأن أكلنا معا. 



في شهر رمضان، لأن لا فهمنا عن الشريعة الصيام في الوقت، صامنا بسبب وعد جدتي. والأجور التي حصلنا بعد كسر سريع كل يوم ونحن سوف يبقيه في أنبوب الخيزران. بعد كامل، نحن سوف فتحه، سنستخدم الفلوس لشراء الهزلية والكرة الجديدة. 


         
  منذ الطفولة، ابي تكفيف لي لا تخف على  الحيونات كدجاجات وطيور. عندما دجاجته يكبرون، سوف أبي ذبح الدجاج والطيور بالنسبةلنا لتناول الطعام. لأن الأب كان لديه خمسة بنات فقذ التي انتهت لي، فقط لي يجرؤ على عقد الساق الدجاج. ثم أمي سوف تقلى او جعل حساء الدجاج.



               
  في مرحلة الطفولة، في أوقات الفراغ، انا وأبناء عمي سيتم الصيد في نهر بقريب من منزل الجدة باستخدام قضبان الصيد الخاصةبنا. الطعام المستخدم هو دودة الأرض التي بحثنا من مساحة الأرض بيتنا. سماك الذي حصلنا عليه سنضع في دلو وإعطائها لجدتنا.


      
  في الحقيقة، أكثر من ذلك بكثر قصص التي أريد أن أشاطركم جميعا. بسبب عدم كفاية الوقت، هذا فقط مني على أمل أن تشعر أيضا طفولة سعيدة ومثيرة. بالنسبة لأولئك الذين شعرنوا الطفولة الرائعة، مواصلة تذكر تلك الزمان لأن لا يمكن تكرار الوقت بالنسبة لأولئك الذين ليس لديهم قصص مثيرة للإهتمام في مرحلة الطفولة، لا تقلق. إجعل هذا اليوم بداية ذكريات رائعة بالنسبةلنا أن تبتسم في المستقبل.


إن المحبة في الأسرة تقوي صلة القرابة والرحم بين الأقارب. والأسرة السعيدة عماد المجتمع المدني. قال النبي صلى الله عليه وسلم : "خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي"

شكرا.



Sejak akhir-akhir ini, kehidupan sangat sibuk dalam mengeratkan silaturahim. Tidak disangka, perjumpaan semula itu tetap seperti sebelumnya. Tiada perasaan janggal langsung. Setiap orang sibuk bercerita tentang cerita yang lepas. Apabila saya teringat, sangat indah waktu itu kerana kami membesar bersama-sama. Tambahan pula, jarak perbezaan umur 2 atau 3 tahun sahaja

Seingat saya, ketika saya berumur 4 tahun, kami sentiasa berkumpul bersama di rumah nenek yang terletak berdekatan rumah saya. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti membersihkan rumah nenek tercinta kami, sambutan hari lahir, perlawanan bola sepak selepas asar setiap hari dan sebagainya. Dari dahulu sehingga sekarang, antara saudara-saudara, saya lebih rapat dengan sepupu-sepupu saya iaitu Najah, Aqilah, Mued dan Muez.

Tidak seperti kanak-kanak lain yang suka bermain anak patung, saya dan sepupu-sepupu lebih suka bermain permainan lasak seperti bola sepak, pengembaraan hutan, gusti dan lain-lain. Setiap hari selepas Asar, kami berkumpul di halaman rumah nenek untuk bermain bola sepak. Walaupun kami tidak mahir lagi bermain bola sepak, kami tetap bersemangat untuk bermain. Setiap pagi, kami bangun awal pagi untuk meronda sekeliling kampung dengan basikal. Kami sentiasa bersaing siapa yang terpantas untuk sampai ke destinasi.

Rumah nenek saya dalam keadaan bising dari pagi hingga petang. Tiada istilah ruang untuk tidur petang. Siapa yang tidur, akan terlepas peluang untuk bermain bersama. Waktu yang dinantikan, makan tengah hari bersama. Juadah makanan akan dimakan selepas membaca doa bersama-sama. Makanannya lazat dan menyelerakan kerana kami makan bersama-sama.

Pada bulan Ramadan, disebabkan kami belum faham tentang syariat puasa pada waktu itu, kami berpuasa disebabkan janji nenek kami. Upah yang kami dapat selepas berbuka puasa setiap hari, kami akan simpannya dalam tabung buluh. Selepas penuh, kami akan buka dan guna duit itu untuk membeli komik dan bola baru.

Sejak zaman kanak-kanak, ayah mengajar saya untuk tidak takut kepada binatang seperti ayam, lintah, cacing tanah, katak dan cicak. Sejak dulu, ayah suka pelihara binatang seperti ayam dan burung. Ketika ayamnya dewasa, ayah akan sembelih ayam dan burung untuk kami makan. Disebabkan ayah hanya mempunyai 5 anak perempuan yang diakhiri saya, hanya saya yang berani pegang kaki ayam untuk disembelih ayah. Kemudian ibu akan goreng atau buat sup ayam untuk kami makan.


Pada zaman kanak-kanak, pada waktu lapang, saya dan sepupu-sepupu saya akan memancing ikan di sungai berdekatan rumah nenek dengan menggunakan kayu pancing buatan kami sendiri. Umpan yang kami guna ialah cacing tanah yang kami cari dari kawasan tanah rumah kami. Ikan yang kami peroleh, kami akan letak dalam baldi dan berikannya kepada nenek kami.

Pada hakikatnya, banyak kisah yang saya ingin kongsikan kepada semua dengan harapan anda juga merasai zaman kanak-kanak yang bahagia dan menarik. Bagi mereka yang mempunyai zaman kanak-kanak yang indah, teruskanlah mengingati zaman tersebut kerana waktu tidak dapat diundur. Bagi mereka yang tidak mempunyai cerita menarik pada zaman kanak-kanak, jangan risau. Jadikan hari ini permulaan kenangan indah untuk kita tersenyum pada masa hadapan.

Sesungguhnya kasih sayang ahli keluarga memperkuatkan silaturrahim antara kaum kerabat. Keluarga yang bahagia adalah tiang masyarakat bertamadun. Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dengan keluarganya. Dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku. 


Terima kasih.

Comments